9 Teknik Hebat Hubungan Intim Paling Tahan Lama Di Atas Ranjang Dibongkar - Untuk Bacaan Suami Isteri Sahaja.
SHARE info ini dengan pasangan anda
Jika ada masalah di kamar tidur, usahlah dipendam. Anda harus mengambil
langkah bijak dengan berbincang dengan pasangan anda mengenainya.
Sebagai contoh, perasaan malu kerana tidak mampu ‘bertahan lama’.
Selain perbincangan berhemah dengan si dia, anda boleh mencuba beberapa
tip untuk mengekalkan stamina ketika di ranjang. Entri kali ini
berkaitan sembilan trik kekal bertenaga ketika hubungan seks.
NIKMATI HUBUNGAN SEKS – Hubungan seks seharusnya dilakukan dengan penuh
perasaan kasih sayang. Nikmati hubungan tersebut dengan melakukan secara
perlahan dan tidak terlalu gelojoh atau terlalu pantas. Hubungan seks
yang terlalu pantas hanya akan menyebabkan klimaks yang terlalu awal.
TENANG - Tidak perlu tergesa – gesa atau berperasaan kelam kabut ketika
melakukan hubungan seks. Jika anda tergesa – gesa pasti akan datang
inzal dengan cepat. Buang segala tekanan dan lakukan hubungan dengan
perasaan tenang. Jangan tertekan, sebaliknya berikan yang terbaik ketika
melakukan hubungan seks.
KAWAL PERNAFASAN - Jangan bernafas terlalu laju. Sebaliknya bernafas
secara relaks dan secara tidak langsung anda akan lebih tenang ketika
melakukan hubungan seks. Jangan biarkan nafsu mengawal nafas anda. Kawal
pernafasan secara sedar. Ketika mendayung, bernafas sekata dengan
dayungan supaya gerakan anda lebih padu dan bertenaga. Jika nafas anda
kelam kabut, anda pasti akan rasa tertekan dan akan alami pancutan atau
ejakulasi pramatang.
BERSENAM – Lelaki yang bertubuh kurus atau mereka yang kurang mempunyai
lemak badan lebih tahan lama ketika bersetubuh. Bagi yang bertubuh
gempal, amalkan senaman dan kerap berjalan supaya badan akan menjadi
lebih sihat. Seterusnya meningkatkan daya tahan ketika bersetubuh.
KERAP TUKAR POSISI – Kekal dengan hanya satu posisi akan membuatkan
badan cepat terasa letih lantas menyebabkan lelaki cepat untuk
menyelesaikan hubungan seks tersebut. Kerap tukar posisi supaya otot
dapat berehat seketika dan kehendak klimaks akan turun dan hubungan seks
akan kekal lebih lama.
REHAT 30 SAAT – Ketika saat puncak, keluarkan zakar dari alat sulit
pasangan selama 30 saat sambil menikmati tubuh badan isteri dan
seterusnya mulakan kembali. Proses ini akan memanjangkan lagi daya tahan
seks.
GUNAKAN KONDOM – Penggunaan kondom bukan sahaja menjadikan seks lebih
sihat malah dapat mengatasi pancutan awal. Kondom berkesan mengurangkan
sensitiviti terhadap kepala zakar lantas menyebabkan hubungan seksual
tahan lebih lama.
LUPAKAN MASALAH - Bagi mendapatkan hubungan yang lebih seronok dan tahan
lama, elakkan daripada memikir sebarang masalah ketika mengadakan
hubungan seks. Ini kerana ia akan mengganggu konsentrasi ketika hubungan
seks lantas menyebabkan pancutan awal.
FOKUS KEPUASAN BERSAMA – Lelaki yang inginkan hubungan intim tahan lama
seharusnya fokus terhadap kepuasan diri dan pasangan dengan cara lebih
menikmati tubuh badannya. Elakkan dari hanya memikirkan kepuasan diri
sahaja kerana ia akan memaksa diri untuk cepat klimaks.

